Iklan

Wanita diheret dalam kolam enggan ambil tindakan pada teman lelaki – Polis

Sebahagian rakaman yang menunjukkan wanita diheret oleh kekasihnya ke arah kolam renang.


KUALA LUMPUR – Wanita yang dikasari oleh teman lelakinya hingga mengheret ke kolam renang di Kondominiium Dlatour Jalan Taylor, Bandar Sunway dilaporkan enggan meneruskan kes serta tidak mahu sebarang tindakan diambil terhadap kekasihnya.

Malah, mangsa yang tidak mengalami sebarang kecederan, tidak mahu mendapatkan rawatan.

Ketua Polis Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, polis mengesan kejadian itu menerusi laman X.

Ia memaparkan pergaduhan di antara seorang lelaki dengan seorang wanita yang berlaku pada jam 3 petang, 15 Februari lalu.

Mangsa dan suspek adalah pasangan kekasih bukan warganegara.

Sumber : MalaysiaGazzette

إرسال تعليق

0 تعليقات