Tular di media sosial dakwaan bahawa kejadian ikan terdampar di pantai dan tangkapan ikan yang banyak oleh nelayan serta ramalan gempa bumi besar dan tsunami di Lautan Hindi pada penghujung tahun 2017 oleh seorang profesor dari India yang dikatakan mempunyai persepsi deria tambahan (extra sensory perception, ESP) merupakan petanda bakal berlakunya gempa bumi di Lautan Hindi.
SEBENARNYA:
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MMD), belum ada kaedah saintifik untuk meramal bila dan di mana akan berlaku gempa bumi. MMD mempunyai rangkaian pemantauan gempa bumi dan tsunami yang lengkap termasuk data antarabangsa seperti pautan data dengan pusat-pusat pemantauan gempa bumi di Indonesia, India dan Australia yang memantau aktiviti seismik di Lautan Hindi.
Justeru, MMD berupaya memberikan maklumat gempa bumi dan amaran awal tsunami sekiranya berlaku kejadian gempa bumi. Berdasarkan pemantauan yang terkini, tiada aktiviti seismik yang signifikan berlaku di Lautan Hindi.
SUMBER :
0 تعليقات